Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam satu UPSI,
Dalam hidup, kita seringkali akan berdepan dengan masalah, mungkin masalah tersebut boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk kita belajar dari kesilapan tetapi masalah juga boleh menjadi sebab kita jatuh dan putus asa. Walau apapun masalah yang kita hadapi, kita sebagai manusia boleh memilih apakah tindakan yang kita akan ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai masalah dan bagaimana untuk mengatasi.
Apa dia masalah?
Masalah adalah situasi yang tak Anda ingini. Masalah adalah situasi yang berlaku diluar jangkaan Anda, diluar perancangan Anda. Ada bermacam sebab kenapa masalah terjadi, sebab paling utama adalah kesilapan. Anda silap dalam bertindak, maka berlakulah masalah. Anda silap dalam menetapkan matlamat, maka terjadilah masalah. Anda silap dalam memikir – Anda berfikir negatif, kesannya minda separa sedar Anda kerap menarik masalah. Akhirnya hidup Anda tak pernah serik dari dilanda masalah. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah!
Berikut adalah 5 tips asas bagaimana untuk menangani masalah.
1. Fahami sebabnya
Kenapa masalah muncul? Masalah berpunca dari kesilapan Anda – kesilapan dalam bertindak, kesilapan dalam berfikir, kesilapan dalam berniat, kesilapan memasang matlamat, kesilapan berimaginasi. Masalah situasi yang tak Anda ingini. Anda tak akan dapat elak. Untuk menangani masalah dari peringkat asas, fahami dulu sebabnya. Sebab apa masalah muncul? Ia berlaku sebagai cara untuk menunjuk Anda cara yang betul. Masalah dimunculkan untuk Anda nampak langkah yang betul. Dalam perspektif lain, Tuhan menurunkan masalah pada Anda sebagai balasan kepada perbuatan Anda, mungkin Anda ada buat dosa tanpa pernah meminta ampun.
2. Gali kepositifan disebalik masalah.
Setiap yang berlaku, pasti ada kebaikan tersirat di dalamnya. Masalah berlaku semata-mata untuk membuat Anda berubah. Jangan menyerah pada masalah. Jika Anda dilanda masalah, cari apa yang baiknya masalah tu. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kekurangan duit, kebaikannya, Anda akan terdorong untuk rajin bekerja atau berniaga supaya Anda berduit. Kenapa perlu gali kepositifan disebalik masalah? Supaya Anda nampak jalan keluar dari masalah, bukan buntu sebab dilanda masalah.
3. Optimis masalah tu boleh selesai.
Optimis adalah sikap dimana Anda yakin apa yang Anda usahakan boleh berhasil. Anda nampak di mana jalan keluar, Anda dapat rasakan apa yang Anda buat boleh mendatangkan kesan selagi Anda terus berusaha. Makin berusaha, makin nampak kesannya. Dalam menangani masalah, Anda perlu optimis. Anda perlu hadirkan rasa yakin bahawa masalah Anda boleh selesai. Setelah menggali hikmah di sebalik masalah (kepositifan) Anda perlu hadirkan rasa yakin masalah Anda boleh selesai, janji teruskan berusaha hingga masalah berjaya diselesaikan sepenuhnya.
4. Fikir penyelesaian, bukan bebanan.
Inilah aspek terpenting bagaimana menangani masalah. Fikirlah penyelesaian masalah, bukan memikir bebanan masalah. Jika Anda dilanda masalah secara tiba-tiba, terus fikir bagaimana menyelesaikannya. Elak merasa terbeban oleh masalah, elak berkata tentang masalah Anda. Meluah masalah tu boleh, tapi jangan amalkan kerana asyik meluah akan menyebabkan Anda tak nampak jalan keluar dari masalah melainkan Anda meminta pendapat bagaimana nyelesaikan masalah. Fikir penyelesaian masalah, Anda kena bercakap dan berbincangan mengenai penyelesaian masalah. Hati Anda kena yakin Anda kini menuju kepada penyelesaian masalah, bukan berlegar-legar di dalam masalah.
5. Tulis, buat, lihat prestasi.
Setelah Anda memikir jalan penyelesaian masalah, langkah seterusnya, tuliskan penyelesaian-penyelesaian itu. Kenapa? Sebab Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa Anda sedang berusaha menyelesaikan masalah. Cara ini akan membuat Anda dapat mengelak dari merasa terbeban oleh masalah, sebaliknya mendidik minda Anda supaya memfokus pada usaha menyelesaikan masalah. Tulis penyelesaian masalah yang Anda boleh fikir, buat apa yang Anda fikir tadi, pastu lihat perkembangannya cemana. Kaji, adakah Anda nampak masalah Anda makin boleh diselesaikan atau makin bertambah?
6. Bertindak, bertindak, bertindak.
Kereta tak bergerak apabila minyaknya tak ada. Sepiring mee kari segera Maggi tak sedap di makan apabila rempah karinya tak ada. Duit tak akan ada bila Anda tak ada kerja. Begitu jugalah dengan masalah. Masalah tak akan selesai bila Anda tak bertindak. Selesaikan masalah. Elak hanya merasa terbeban oleh masalah. Sebaik-baik cara menangani masalah adalah dengan bertindak menyelesaikannya.
Monday, 12 March 2012
Wednesday, 7 December 2011
Friday, 18 November 2011
buat tatapan semua
KOLEJ HARUN
AMINURRASHID SI KAYA ITU
Dalam kerdil tubuh ini mengatur langkah
Terjatuhku dalam pelukan si Kaya
Kayanya bukan harta berjuta
Tapi kayanya kerna ilmu dan pengalaman bermakna.
Kau bapa terbaik
Kau ibu mulia
Kau didik anakmu
Berkiblatkan kebenaran
Kembali pada pencipta sekalian alam
Kau semai benih rasa
Dalam setiap zarah
Mengukuh pautan bersatu sesama
Kau yang utama
Dalam mengisi agenda
Kau yang pertama
Dalam seluruh nombornya
Tiada dua
Kaulah segalanya
Rambut-rambut hitam anak-anak si Kaya itu aku belai aku usap
Ku cuba fahami jaluran makna rerambut itu
Bagi mentafsir isi hati
Akhirnya ada ku temu jawapan
Dan ada pula
Rambutnya terlalu hitam
Hinggaku lemas dalam takrifan
Hari ini aku berdiri
Atas pasak jati diri
Bakal membina entiti personaliti bestari
Kerana
Telah terpahat pada dinding hatimu
Pemacu wawasan
Nakhoda kemerdekaan
Aku ingin mengukir jasa pada pipimu wahai si Kaya
Biar orang mengerti
Biar orang ketahui
Aku ini anak membalas budi
Bukan anak manabur duri
Bukan dada ini aku dabik
Untuk pamer keangkuhan
Tapi
Kerana keberanian
Menyembulkan mata-mata kederhakaan
Wahai tukang cerita durjana
Muncullah kau
Muncullah kau dari sekam
Muncullah kau dari daging
Usah kau pahat kehitaman
Pada seri wajah mulia
Wahai si Kaya
Takkan kubiar kau terpusara
Oleh kerusuhan minda-minda jumud
Yang meludah pada selangka perpaduan
Takkan kubiar kau musnah
Ditelan ribut kebodohan yang tak diajar
Desir angin nafasmu
Menghembus makna kesuma bangsa
Membangunkan si Tanggang
Mencari kelima paya
Bagi mengubati nanah sifatnya.
Kini kau si Kaya
Usah ragu dan sangsi
Anak-anakmu mampu berbudi
Anak-anakmu xrela perkosa nama yang tersohor ini
Kerana kau Kolej Harun Aminurrashid
Mungkin perjalanan ini akan tiba hujungnya
Tetapi aku tidak pernah meminta
Kerana cinta ini menyelubungi seluruh jiwa raga
Di bawah bayu kasih
Cinta Kolej Harun Aminurrashid
Nukilan KAUs pure
17/11/2011
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI
Thursday, 17 November 2011
Seteguh Impian
Tepian pantai sepi tua itu,
Ku lihat sang daun tunduk kedamaian,
Menitip tinta rindu di jiwa,
Serindu lakaran fatarmogana Ilahi.
Mata tua memamahku penuh erti,
Dengan alunan kasih cinta abadi,
Melontar kalimah bara,
Melantun ke arah semangatku,
Dilentur dek panahan dugaan,
dari yang Maha Esa.
Lantas ku bangkit dari jendela kegagalan,
Merentas pentas waktu dunia,
Berlari mengejar daunan masa,
Untukku bina kelopak-kelopak kejayaan,
Demi sejernih harapan ibu bapaku,
Yang tidak pernah pudar,
Hanyut di arus takdir.....
Tuesday, 15 November 2011
PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR KOLEJ HARUN AMINURRASHID
·
Tujuan Penubuhan Tabung Kebajikan
Pelajar KHAR:-
-
Untuk mewujudkan satu mekanisme bantuan
yang bersifat mudah dan cepat atas tujuan-tujuan kecemasan
-
Untuk memberi bantuan bersifat
kemanusiaan kepada penghuni kolej tanpa mengira bangsa atau kaum.
-
Mewujudkan rangkai kerjasama yang baik
dan berurusan dengan kolej dengan organisasi-organisasi luar.
·
Objektif Penubuhan:-
-
Memberikan bantuan yang sewajarnya
kepada penghuni KHAR.
-
Memastikan kebajikan penghuni sentiasa
terjaga dari segi keselamatan, kebajikan, perkhidmatan dan kewangan.
-
Mengukuhkan hubungan baik antara pihak
pengurusan, felo, JMK, dan semua penghuni di samping memupuk semangat prihatin
antara satu sama lain.
-
Menimbulkan kesedaran dan memupuk
semangat saling membantu dan prihatin dalam kalangan pihak pengurusan, felo dan
penghuni.
·
Sasaran:-
-
semua mahasiswa dan mahasiswi yang mendaftar sebagai penghuni KHAR secara
rasmi.
·
Kaedah Pelaksanaan:-
-
Tabung Kebajikan KHAR mula
dikuatkuasakan dan dilaksanakan selepas proposal dan cadangan diluluskan iaitu
pada 12 September 2011, pada minggu pertama selepas semester baru ISMP sesi
2011/2012 bermula.
-
Pelaksanaanya akan berterusan sepanjang
masa di bawah tanggungjawab ahli-ahli lembaga tabung dan pihak pengurusan KHAR.
-
Pembahagiaan Tabung Kebajikan Pelajar
KHAR adalah seperti berikut:
|
Jenis Kes
|
Bayaran Maksima
|
|
Kematian (diri sendiri)
|
RM 1000
|
|
Kematian ibu bapa
|
RM 300
|
|
Kematian adik-beradik
|
RM 150
|
|
Kematian suami/isteri
|
RM 200
|
|
Kematian datuk/nenek
|
RM 100
|
-
Pembahagian wang kebajikan yang
melibatkan kes-kes kemalangan dan bencana alam:-
|
Jenis
Kes
|
Bayaran
Maksima
|
|
Bencana
alam
-
Banjir, rebut, gempa bumi,
taufan, tanah runtuh
|
RM
250
|
|
Kemalangan
-
Luka & berjahit
-
Selain bahagian muka
-
5 jahitan dan ke atas
|
RM
50
|
|
Kemalangan
-
Luka dan berjahit
-
Bahagian muka
-
5 jahitan dan ke atas
|
RM
80
|
|
Luka
Parah
|
RM
100
|
|
Patah
Tangan
|
RM
120
|
|
Patah
Kaki
|
RM
180
|
|
Hilang
Upaya
|
RM
200
|
·
Faedah-faedah Penubuhan Tabung Kebajikan
KHAR:-
-
Mewujudkan satu prosedur yang mudah dan sistematik
untuk membantu penghuni-penghuni KHAR yang menghadapi masalah ataupun musibah
di luar jangkaan atau apabila berlaku kecemasan.
-
Kebajikan penghuni KHAR terjaga kerana
terdapat dana yang boleh digunakan atau dikeluarkan dengan mudah dan cepat apabila
berlaku kes-kes kecemasan yang melibatkan penghuni KHAR.
-
Memberi kemudahan pelbagai pihak yang
menghadapi masalah untuk menerima bantuan terus daripada pihak kolej khusunya
daripada JMK.
-
Melatih dan memupuk semangat prihatin
dalam kalangan rakan exco terhadap kesusahan dan kebajikan penghuni kolej.
-
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara
penghuni, JMK dan pihak pengurusan kolej.
·
Syarat dan Kelayakan:-
-
Semua mahasiswa dan mahasiswi KHAR layak
untuk menerima bantuan daripada dana tabung kebajikan ini.
-
Hanya penghuni yang menghadapi masalah
ataupun musibah luar jangka yang layak untuk menerima.
-
Antara musibah luar jangka yang
membolehkan seseorang untuk menerima wang bantuan daripada dana tabung
kebajikan ini:-
I.
Kes-kes kematian yang melibatkan diri
sendiri, ibu bapa, suami, isteri, adik-beradik, nenek atau pun datuk.
II.
Kes-kes yang melibatkan diri sendiri
sama ada yang mengakibatkan kecederaan kecil atau besar.
III.
Musibah/ bencana yang melibatkan
penghuni secara langsung.
IV.
Lain-lain (penyakit mistik/masalah kemiskinan)
Subscribe to:
Posts (Atom)


