Saturday, 12 November 2011

   
      Setiap individu punya masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian, bagaimana kita hendak menanganinya adalah terpulang dengan diri kita sendiri. Sebesar manapun masalah yang dihadapi, saya yakin setiap masalah tersebut ada jalan penyelesaiannya dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk mereka berdepan atau menghadapi masalah mereka. Topik inilah yang telah dikongsikan bersama antara EXCO,REXCO dan Felo Penasihat (En.Suniza dan Pn.Aishah) dalam mesyuarat kali ke-3 Biro Kebajikan dan Perkhidmatanyang telah diadakan pada 03/11/2011 lalu.
    Melalui perkongsian daripada setiap individu dalam mesyuarat tersebut, antara cara-cara untuk menangani masalah yang kita hadapi adalah :

  1. Menceritakan masalah yang dihadapi dengan keluarga seperti ibu bapa atau dengan sahabat karib. 
  2. Mendekatkan diri dengan Tuhan.
  3. Melepaskan tekanan dengan menangis. 
  4. Tidur.
  5. Ketawa.
  6. Mendengar lagu yang boleh menenangkan fikiran.
  7. Bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
  8. Membaca artikel yang boleh memberi motivasi.
  9. Melakukan aktiviti yang boleh melepaskan tekanan seperti main game.
  10. Meluangkan masa dengan sahabat.
  11. Menulis atau meluahkan perasaan kita pada kertas atau blog.


    Sebagai mahasiswa/wi yang menuntut di UPSI, sudah pasti terdapat banyak  masalah yang kita hadapi saat kita menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar namun begitu kita harus kuat dan tidak mudah mengaku kalah dengan apa yang kita hadapi. Perjuangan harus diteruskan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Untuk mencapai sesuatu yang kita impikan itu bukannya mudah kerana kita akan berdepan dengan cabaran. Akan tetapi cabaran itu yang akan mematangkan kita kerna kesukaran itu suatu proses yang boleh menguatkan kita jika kita boleh menangani masalah yang kita hadapi sebaiknya. Apa yang penting adalah kita tidak seharusnya gugup dan gementar saat masalah melanda biar sebesar manapun masalah tersebut sebaliknya kita haruslah tenangkan diri dan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikannnya. Oleh itu, adalah diharapkan kaedah yang dinyatakan di atas serba sedikit dapat membantu pembaca dalam menangani masalah yang dihadapi.

"Convert difficulties into opportunities, for difficulties are divine surgeries to make you better."   ~Author Unknown

Tuesday, 1 November 2011

keikhlasan hati.....

assalamualaikum dan selamat sejahtera... sebelum tu nk mohon maaf bnyak2 yer... hari ni baru nk update... almaklumla baru belajar... hehehhee.. apa pown saya (kayrul) nk berkonsi sikit tentang keikhlasan hati..


Kala Hasrat tak lagi bersyarat
di saat harapan tak selalu di depan
impian takkan dapat di mengerti
ketika perasaan menyapa
menuangkan apa yang ada
iri hati seakan musnah di dalam sanubari
melahirkan jiwa – jiwa yang suci
kebahagian tak selamanya harus memiliki
cukup senyumanmu tuk sirami hati yang mati
ku relakan apa yang aku inginkan
kan ku kenang apa yang telah ku lakukan
dan ku bahagia walau kau tiada menyapa
keikhlasan datang bukan tuk meminta
melainkan berharap agar jiwamu bahagia selamanya
ungkapan hati tak kan pernah mati di dalam hati yang paling dalam. ketika nafsu hasrat kita menginginkan segala apa yang ada di dunia. kita akan kecewa akan apa yan kita inginkan dan harapkan tiba -tiba sirna di telan masa. harapan ini sudah tidak ada di hati hingga rasa kecewa tak akan pernah menghinggapi jiwa.
tidak seharusnya kita berharap sesuatu. tak semestinya kita impikan apa yang kita harapkan.  . kejayaan datang dari seberapa besar keikhlasan kita pada sesama. bukan seberapa besar kita dapat untung di dunia.

Thursday, 13 October 2011

It Begin Here!!!! Slideshow Slideshow

It Begin Here!!!! Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ It Begin Here!!!! Slideshow Slideshow ★ to Perak and Teluk Intan (near Sri Kembangan). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Monday, 10 October 2011

foto zonnnnnnnnneeeeeeeeeeeeeeee....

K&P Sidang 2011/2012....

menara condong............
rakan2 yang tengah happy..............
seronoknyerrrrr......
sebahagian daripada pose2 kami............

ceria bersama...

pada 09/10/2011 (ahad)

Kami dari Biro kebajikan dan perkhidmatan sidang 2011/2012 telah melawat ke Teluk Batik dan berjalan di sekitar Lumut dan turut pergi ke Menara Condong. Kami berangkat ke sana pada jam8.30 pagi. Seharian bersama rakan2 rexco dan exco Biro Kebajikan dan Perkhidmatan kami dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan seperjuangan. Rasionalnya daripada lawatan ini kami dapat melepaskan rasa tekanan diri dan dapat menjejakkan kaki ke tempat yang kami tak pernah lawati. Pada masa akan datang, jika ada rezeki diharapkan kami dapat berkumpul lagi untuk menikmati keindahan alam. Disini juga kami memperolehi pengalaman yang indah seperti menaiki banana boat bersama2. Bila bersama kami semua seumpama satu keluarga yang ceria dan gembira walaupun kami daripada agama yang bersama tetapi niat dan tujuan kami hanyalah satu. Bak kata orang jika niat kita baik, maka baiklah hasilnya. Jadi jika kita melakukan sesuatu kita haruslah melakukan sesuatu dengan niat yang baik, elakkan daripada mencemburui hasil kerja orang lain dan sentiasa memberi sokongan terhadap rakan-rakan. Barulah kepercayaan sesama rakan2 setugas dapat dipupukkan dan rasa kasih sayang antara rakan2 juga boleh menjadi erat seperti adik-beradik. .....(^_^)(")....

Friday, 7 October 2011

Ceramah Motivasi anjuran Biro kebajikan dan Perkhidmatan


sesi begambar Exco Biro Kebajikan dan Perkhidmatan bersama penceramah dan pengetua kolej

Ceramah motivasi nie telah dianjurkan oleh Biro kebajikan. Ceramah ini bertempat di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (KHAR).... ceramah ini disampikan kepada penghuni2 KHAR... yang diadakan pada 23 Jun - 30 Jun 2011....

mesyuarat perjumpaan bersama Rexco baru.

06/10/2011 (KHAMIS) JAM9.15 MALAM
Perlatikan jawatankuasa dalam Biro Kebajikan dan Perkhidmatan. senarai rakan-rakan rexco baru
Rakan setugas







  1. MUHAMMAD HAFIZ
  2. KHAIRUL AZHAR
  3. NOR RASHIDI
  4. MOHAMMAD ZAKI
  5. ABDUL HALIM
  6. SITI NOR NAQIAH
  7. NURUL SAKINAH
  8. NUR SURIATI
  9. NURUL SYAFIENA
  10. FARRAH 
  11. AMIZATUL
  12. AINA MARDIAH
  13. NUR AZIEMAH                                                           
  14. NURUL ATIQH
  15. NURMAHIZA
  16. NUR SYAHIRAH
  17. HELNITA 
  18. NURUL ASMA ASMIRA
  19. SITI RUKAIYAH
        
    SELAMAT BERTUGAS SEMUA..SELAMAT MENJADI RAKAN REXO