Saturday 12 November 2011

   
      Setiap individu punya masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian, bagaimana kita hendak menanganinya adalah terpulang dengan diri kita sendiri. Sebesar manapun masalah yang dihadapi, saya yakin setiap masalah tersebut ada jalan penyelesaiannya dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk mereka berdepan atau menghadapi masalah mereka. Topik inilah yang telah dikongsikan bersama antara EXCO,REXCO dan Felo Penasihat (En.Suniza dan Pn.Aishah) dalam mesyuarat kali ke-3 Biro Kebajikan dan Perkhidmatanyang telah diadakan pada 03/11/2011 lalu.
    Melalui perkongsian daripada setiap individu dalam mesyuarat tersebut, antara cara-cara untuk menangani masalah yang kita hadapi adalah :

  1. Menceritakan masalah yang dihadapi dengan keluarga seperti ibu bapa atau dengan sahabat karib. 
  2. Mendekatkan diri dengan Tuhan.
  3. Melepaskan tekanan dengan menangis. 
  4. Tidur.
  5. Ketawa.
  6. Mendengar lagu yang boleh menenangkan fikiran.
  7. Bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
  8. Membaca artikel yang boleh memberi motivasi.
  9. Melakukan aktiviti yang boleh melepaskan tekanan seperti main game.
  10. Meluangkan masa dengan sahabat.
  11. Menulis atau meluahkan perasaan kita pada kertas atau blog.


    Sebagai mahasiswa/wi yang menuntut di UPSI, sudah pasti terdapat banyak  masalah yang kita hadapi saat kita menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar namun begitu kita harus kuat dan tidak mudah mengaku kalah dengan apa yang kita hadapi. Perjuangan harus diteruskan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Untuk mencapai sesuatu yang kita impikan itu bukannya mudah kerana kita akan berdepan dengan cabaran. Akan tetapi cabaran itu yang akan mematangkan kita kerna kesukaran itu suatu proses yang boleh menguatkan kita jika kita boleh menangani masalah yang kita hadapi sebaiknya. Apa yang penting adalah kita tidak seharusnya gugup dan gementar saat masalah melanda biar sebesar manapun masalah tersebut sebaliknya kita haruslah tenangkan diri dan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikannnya. Oleh itu, adalah diharapkan kaedah yang dinyatakan di atas serba sedikit dapat membantu pembaca dalam menangani masalah yang dihadapi.

"Convert difficulties into opportunities, for difficulties are divine surgeries to make you better."   ~Author Unknown

2 comments:

  1. betul..betul..betul...^_^
    cabaran itu mewarnakan khidupan kita..

    ReplyDelete
  2. yup..btul tu CIK AmiRa, dgn adanya cbaran@ dugaan barulah hdup kita berwarna.hehe

    ReplyDelete