Friday 18 November 2011

buat tatapan semua


KOLEJ HARUN AMINURRASHID SI KAYA ITU

Dalam kerdil tubuh ini mengatur langkah
Terjatuhku dalam pelukan si Kaya
Kayanya bukan harta berjuta
Tapi kayanya kerna ilmu dan pengalaman bermakna.

Kau bapa terbaik
Kau ibu mulia
Kau didik anakmu
Berkiblatkan kebenaran
Kembali pada pencipta sekalian alam
Kau semai benih rasa
Dalam setiap zarah
Mengukuh pautan bersatu sesama

Kau yang utama
Dalam mengisi agenda
Kau yang pertama
Dalam seluruh nombornya
Tiada dua
Kaulah segalanya

Rambut-rambut hitam anak-anak si Kaya itu aku belai aku usap
Ku cuba fahami jaluran makna rerambut itu
Bagi mentafsir isi hati
Akhirnya ada ku temu jawapan
Dan ada pula
Rambutnya terlalu hitam
Hinggaku lemas dalam takrifan

Hari ini aku berdiri
Atas pasak jati diri
Bakal membina entiti personaliti bestari
Kerana
Telah terpahat pada dinding hatimu
Pemacu wawasan
Nakhoda kemerdekaan

Aku ingin mengukir jasa pada pipimu wahai si Kaya
Biar orang mengerti
Biar orang ketahui
Aku ini anak membalas budi
Bukan anak manabur duri
Bukan dada ini aku dabik
Untuk pamer keangkuhan
Tapi
Kerana keberanian
Menyembulkan mata-mata kederhakaan

Wahai tukang cerita durjana
Muncullah kau
Muncullah kau dari sekam
Muncullah kau dari daging
Usah kau pahat kehitaman
Pada seri wajah mulia

Wahai si Kaya
Takkan kubiar kau terpusara
Oleh kerusuhan minda-minda jumud
Yang meludah pada selangka perpaduan
Takkan kubiar kau musnah
Ditelan ribut kebodohan yang tak diajar

Desir angin nafasmu
Menghembus makna kesuma bangsa
Membangunkan si Tanggang
Mencari kelima paya
Bagi mengubati nanah sifatnya.

Kini kau si Kaya
Usah ragu dan sangsi
Anak-anakmu mampu berbudi
Anak-anakmu xrela perkosa nama yang tersohor ini
Kerana kau Kolej Harun Aminurrashid

Mungkin perjalanan ini akan tiba hujungnya
Tetapi aku tidak pernah meminta
Kerana cinta ini menyelubungi seluruh jiwa raga
Di bawah bayu kasih
Cinta Kolej Harun Aminurrashid

Nukilan KAUs pure
17/11/2011
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI

No comments:

Post a Comment