Friday, 18 November 2011

buat tatapan semua


KOLEJ HARUN AMINURRASHID SI KAYA ITU

Dalam kerdil tubuh ini mengatur langkah
Terjatuhku dalam pelukan si Kaya
Kayanya bukan harta berjuta
Tapi kayanya kerna ilmu dan pengalaman bermakna.

Kau bapa terbaik
Kau ibu mulia
Kau didik anakmu
Berkiblatkan kebenaran
Kembali pada pencipta sekalian alam
Kau semai benih rasa
Dalam setiap zarah
Mengukuh pautan bersatu sesama

Kau yang utama
Dalam mengisi agenda
Kau yang pertama
Dalam seluruh nombornya
Tiada dua
Kaulah segalanya

Rambut-rambut hitam anak-anak si Kaya itu aku belai aku usap
Ku cuba fahami jaluran makna rerambut itu
Bagi mentafsir isi hati
Akhirnya ada ku temu jawapan
Dan ada pula
Rambutnya terlalu hitam
Hinggaku lemas dalam takrifan

Hari ini aku berdiri
Atas pasak jati diri
Bakal membina entiti personaliti bestari
Kerana
Telah terpahat pada dinding hatimu
Pemacu wawasan
Nakhoda kemerdekaan

Aku ingin mengukir jasa pada pipimu wahai si Kaya
Biar orang mengerti
Biar orang ketahui
Aku ini anak membalas budi
Bukan anak manabur duri
Bukan dada ini aku dabik
Untuk pamer keangkuhan
Tapi
Kerana keberanian
Menyembulkan mata-mata kederhakaan

Wahai tukang cerita durjana
Muncullah kau
Muncullah kau dari sekam
Muncullah kau dari daging
Usah kau pahat kehitaman
Pada seri wajah mulia

Wahai si Kaya
Takkan kubiar kau terpusara
Oleh kerusuhan minda-minda jumud
Yang meludah pada selangka perpaduan
Takkan kubiar kau musnah
Ditelan ribut kebodohan yang tak diajar

Desir angin nafasmu
Menghembus makna kesuma bangsa
Membangunkan si Tanggang
Mencari kelima paya
Bagi mengubati nanah sifatnya.

Kini kau si Kaya
Usah ragu dan sangsi
Anak-anakmu mampu berbudi
Anak-anakmu xrela perkosa nama yang tersohor ini
Kerana kau Kolej Harun Aminurrashid

Mungkin perjalanan ini akan tiba hujungnya
Tetapi aku tidak pernah meminta
Kerana cinta ini menyelubungi seluruh jiwa raga
Di bawah bayu kasih
Cinta Kolej Harun Aminurrashid

Nukilan KAUs pure
17/11/2011
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI

Thursday, 17 November 2011

Seteguh Impian


Tepian pantai sepi tua itu,
Ku lihat sang daun tunduk kedamaian,
Menitip tinta rindu di jiwa,
Serindu lakaran fatarmogana Ilahi.

Mata tua memamahku penuh erti,
Dengan alunan kasih cinta abadi,
Melontar kalimah bara,
Melantun ke arah semangatku,
Dilentur dek panahan dugaan,
dari yang Maha Esa.

Lantas ku bangkit dari jendela kegagalan,
Merentas pentas waktu dunia,
Berlari mengejar daunan masa,
Untukku bina kelopak-kelopak kejayaan,
Demi sejernih harapan ibu bapaku,
Yang tidak pernah pudar,
Hanyut di arus takdir.....


Tuesday, 15 November 2011

PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR KOLEJ HARUN AMINURRASHID

·        Tujuan Penubuhan Tabung Kebajikan Pelajar KHAR:-
-         Untuk mewujudkan satu mekanisme bantuan yang bersifat mudah dan cepat atas tujuan-tujuan kecemasan
-         Untuk memberi bantuan bersifat kemanusiaan kepada penghuni kolej tanpa mengira bangsa atau kaum.
-         Mewujudkan rangkai kerjasama yang baik dan berurusan dengan kolej dengan organisasi-organisasi luar.

·        Objektif Penubuhan:-
-         Memberikan bantuan yang sewajarnya kepada penghuni KHAR.
-         Memastikan kebajikan penghuni sentiasa terjaga dari segi keselamatan, kebajikan, perkhidmatan dan kewangan.
-         Mengukuhkan hubungan baik antara pihak pengurusan, felo, JMK, dan semua penghuni di samping memupuk semangat prihatin antara satu sama lain.
-         Menimbulkan kesedaran dan memupuk semangat saling membantu dan prihatin dalam kalangan pihak pengurusan, felo dan penghuni.

·        Sasaran:-
- semua mahasiswa dan mahasiswi yang mendaftar sebagai penghuni KHAR secara rasmi.

·        Kaedah Pelaksanaan:-
-         Tabung Kebajikan KHAR mula dikuatkuasakan dan dilaksanakan selepas proposal dan cadangan diluluskan iaitu pada 12 September 2011, pada minggu pertama selepas semester baru ISMP sesi 2011/2012 bermula.
-         Pelaksanaanya akan berterusan sepanjang masa di bawah tanggungjawab ahli-ahli lembaga tabung dan pihak pengurusan KHAR.
-         Pembahagiaan Tabung Kebajikan Pelajar KHAR adalah seperti berikut:
Jenis Kes
Bayaran Maksima
Kematian (diri sendiri)
RM 1000
Kematian ibu bapa
RM 300
Kematian adik-beradik
RM 150
Kematian suami/isteri
RM 200
Kematian datuk/nenek
RM 100

-         Pembahagian wang kebajikan yang melibatkan kes-kes kemalangan dan bencana alam:-
Jenis Kes
Bayaran Maksima
Bencana alam
-         Banjir, rebut, gempa bumi, taufan, tanah runtuh

RM 250
Kemalangan
-         Luka & berjahit
-         Selain bahagian muka
-         5 jahitan dan ke atas

RM 50

Kemalangan
-         Luka dan berjahit
-         Bahagian muka
-         5 jahitan dan ke atas

RM 80
Luka Parah
RM 100
Patah Tangan
RM 120
Patah Kaki
RM 180
Hilang Upaya
RM 200

·        Faedah-faedah Penubuhan Tabung Kebajikan KHAR:-
-         Mewujudkan satu prosedur yang mudah dan sistematik untuk membantu penghuni-penghuni KHAR yang menghadapi masalah ataupun musibah di luar jangkaan atau apabila berlaku kecemasan.
-         Kebajikan penghuni KHAR terjaga kerana terdapat dana yang boleh digunakan atau dikeluarkan dengan mudah dan cepat apabila berlaku kes-kes kecemasan yang melibatkan penghuni KHAR.
-         Memberi kemudahan pelbagai pihak yang menghadapi masalah untuk menerima bantuan terus daripada pihak kolej khusunya daripada JMK.
-         Melatih dan memupuk semangat prihatin dalam kalangan rakan exco terhadap kesusahan dan kebajikan penghuni kolej.
-         Mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni, JMK dan pihak pengurusan kolej.

·        Syarat dan Kelayakan:-
-         Semua mahasiswa dan mahasiswi KHAR layak untuk menerima bantuan daripada dana tabung kebajikan ini.
-         Hanya penghuni yang menghadapi masalah ataupun musibah luar jangka yang layak untuk menerima.
-         Antara musibah luar jangka yang membolehkan seseorang untuk menerima wang bantuan daripada dana tabung kebajikan ini:-
                                           I.            Kes-kes kematian yang melibatkan diri sendiri, ibu bapa, suami, isteri, adik-beradik, nenek atau pun datuk.
                                        II.            Kes-kes yang melibatkan diri sendiri sama ada yang mengakibatkan kecederaan kecil atau besar.
                                     III.            Musibah/ bencana yang melibatkan penghuni secara langsung.
                                    IV.            Lain-lain (penyakit mistik/masalah kemiskinan)

Saturday, 12 November 2011

   
      Setiap individu punya masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian, bagaimana kita hendak menanganinya adalah terpulang dengan diri kita sendiri. Sebesar manapun masalah yang dihadapi, saya yakin setiap masalah tersebut ada jalan penyelesaiannya dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk mereka berdepan atau menghadapi masalah mereka. Topik inilah yang telah dikongsikan bersama antara EXCO,REXCO dan Felo Penasihat (En.Suniza dan Pn.Aishah) dalam mesyuarat kali ke-3 Biro Kebajikan dan Perkhidmatanyang telah diadakan pada 03/11/2011 lalu.
    Melalui perkongsian daripada setiap individu dalam mesyuarat tersebut, antara cara-cara untuk menangani masalah yang kita hadapi adalah :

  1. Menceritakan masalah yang dihadapi dengan keluarga seperti ibu bapa atau dengan sahabat karib. 
  2. Mendekatkan diri dengan Tuhan.
  3. Melepaskan tekanan dengan menangis. 
  4. Tidur.
  5. Ketawa.
  6. Mendengar lagu yang boleh menenangkan fikiran.
  7. Bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
  8. Membaca artikel yang boleh memberi motivasi.
  9. Melakukan aktiviti yang boleh melepaskan tekanan seperti main game.
  10. Meluangkan masa dengan sahabat.
  11. Menulis atau meluahkan perasaan kita pada kertas atau blog.


    Sebagai mahasiswa/wi yang menuntut di UPSI, sudah pasti terdapat banyak  masalah yang kita hadapi saat kita menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar namun begitu kita harus kuat dan tidak mudah mengaku kalah dengan apa yang kita hadapi. Perjuangan harus diteruskan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Untuk mencapai sesuatu yang kita impikan itu bukannya mudah kerana kita akan berdepan dengan cabaran. Akan tetapi cabaran itu yang akan mematangkan kita kerna kesukaran itu suatu proses yang boleh menguatkan kita jika kita boleh menangani masalah yang kita hadapi sebaiknya. Apa yang penting adalah kita tidak seharusnya gugup dan gementar saat masalah melanda biar sebesar manapun masalah tersebut sebaliknya kita haruslah tenangkan diri dan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikannnya. Oleh itu, adalah diharapkan kaedah yang dinyatakan di atas serba sedikit dapat membantu pembaca dalam menangani masalah yang dihadapi.

"Convert difficulties into opportunities, for difficulties are divine surgeries to make you better."   ~Author Unknown

Tuesday, 1 November 2011

keikhlasan hati.....

assalamualaikum dan selamat sejahtera... sebelum tu nk mohon maaf bnyak2 yer... hari ni baru nk update... almaklumla baru belajar... hehehhee.. apa pown saya (kayrul) nk berkonsi sikit tentang keikhlasan hati..


Kala Hasrat tak lagi bersyarat
di saat harapan tak selalu di depan
impian takkan dapat di mengerti
ketika perasaan menyapa
menuangkan apa yang ada
iri hati seakan musnah di dalam sanubari
melahirkan jiwa – jiwa yang suci
kebahagian tak selamanya harus memiliki
cukup senyumanmu tuk sirami hati yang mati
ku relakan apa yang aku inginkan
kan ku kenang apa yang telah ku lakukan
dan ku bahagia walau kau tiada menyapa
keikhlasan datang bukan tuk meminta
melainkan berharap agar jiwamu bahagia selamanya
ungkapan hati tak kan pernah mati di dalam hati yang paling dalam. ketika nafsu hasrat kita menginginkan segala apa yang ada di dunia. kita akan kecewa akan apa yan kita inginkan dan harapkan tiba -tiba sirna di telan masa. harapan ini sudah tidak ada di hati hingga rasa kecewa tak akan pernah menghinggapi jiwa.
tidak seharusnya kita berharap sesuatu. tak semestinya kita impikan apa yang kita harapkan.  . kejayaan datang dari seberapa besar keikhlasan kita pada sesama. bukan seberapa besar kita dapat untung di dunia.