Monday 10 October 2011

ceria bersama...

pada 09/10/2011 (ahad)

Kami dari Biro kebajikan dan perkhidmatan sidang 2011/2012 telah melawat ke Teluk Batik dan berjalan di sekitar Lumut dan turut pergi ke Menara Condong. Kami berangkat ke sana pada jam8.30 pagi. Seharian bersama rakan2 rexco dan exco Biro Kebajikan dan Perkhidmatan kami dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan seperjuangan. Rasionalnya daripada lawatan ini kami dapat melepaskan rasa tekanan diri dan dapat menjejakkan kaki ke tempat yang kami tak pernah lawati. Pada masa akan datang, jika ada rezeki diharapkan kami dapat berkumpul lagi untuk menikmati keindahan alam. Disini juga kami memperolehi pengalaman yang indah seperti menaiki banana boat bersama2. Bila bersama kami semua seumpama satu keluarga yang ceria dan gembira walaupun kami daripada agama yang bersama tetapi niat dan tujuan kami hanyalah satu. Bak kata orang jika niat kita baik, maka baiklah hasilnya. Jadi jika kita melakukan sesuatu kita haruslah melakukan sesuatu dengan niat yang baik, elakkan daripada mencemburui hasil kerja orang lain dan sentiasa memberi sokongan terhadap rakan-rakan. Barulah kepercayaan sesama rakan2 setugas dapat dipupukkan dan rasa kasih sayang antara rakan2 juga boleh menjadi erat seperti adik-beradik. .....(^_^)(")....

No comments:

Post a Comment