Monday 19 September 2011

Seceria Suria.

 Hari ini saya sangat gembira kerana dapat berkumpul bersama rakan-rakan rexco dan exco Kebajikan dan Perkhidmatan. Semua rakan-rakan yang beragama Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri membawa bermacam-macam kuih-muih, biskut dan tidak ketinggalan juga mereka membawa kerepek. Exco kami kak Lia pula siap membawa makanan daripada Sabah. Kakak Elia pula bawa kek coklat.  Yang paling menyeronokkan kami semuanya macam adik-beradik jika berkumpul ramai-ramai. Disebabkan jumlah kami hanya 10 orang memudahkan kami untuk berinteraksi dan beramah mesra sesama sendiri untuk mengeratkan silaturrahim.
 Setelah menjamah kuih-muih dan minum minuman kami pun mengemas semua peralatan kerana kami ada perbincangan ataupun mesyuarat bagi Biro Kebajikan dan Perkhidmatan.  Semasa perbincangan juga exco turut memberi kata-kata semangat kepada kami umtuk terus menjalankan tugas tanpa jemu dan merungut. Selain itu juga mereka menyelitkan juga pengalaman-pengalaman mereka semasa menjadi rexco. Ini dapat menambah sedikit pengalaman kepada kami yang masih baru menjadi rakan exco.
bersama kak Lai & rakan2 rexco - tiada dalam foto (abg Ilham)
gelagat kami semua (^_^)

No comments:

Post a Comment